China, Singapura Perdalam Kerjasama dalam Penguatkuasaan dan Tadbir Urus Sosial
China bersedia bersama dengan Singapura mendorong pembangunan komuniti berkongsi nasib sesama insan, giat mengamalkan Inisiatif Peradaban Global (GCI), Inisiatif Pembangunan Global (GDI), dan Inisiatif Keselamatan Global(GSI), merancakkan pembangunan bersama dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), di samping bertindak pantas memperdalam kolaborasi tentang keselamatan sepanjang penguatkuasaan undang-undang dan tadbir urus sosial.
Demikian dinyatakan Anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Chen Wenqing ketika bertemu dengan Perdana Menteri Singpaura, Lawrence Wong dan menghadiri Forum Peringkat Tinggi Tadbir Urus China-Singapura Ke-4 di Singpaura semalam.
Chen berkata, kerjasama antara satu sama lain amat signifikan. Usaha kedua-dua negara yang menumpukan kepada pembangunan berkualiti dalam kerangka BRI dan pemeliharaan multilateralisme serta perdagangan bebas, bukan sahaja kondusif bagi pembangunan sosioekonomi di negara masing-masing, tetapi juga boleh menyuntik tenaga positif kepada kestabilan dan kemakmuran serantau.
Sementara itu, Lawrence Wong berharap agar bersama dengan China terus memperluas bidang kolaborasi dan memelihara kedamaian dan keamanan serantau.