Li Qiang Menghadap Agong Malaysia

2024-06-20 13:30:50  CRI
Share with:

Perdana Menteri China, Li Qiang telah menghadap Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar petang semalam.


Li menyampaikan salam dari Presiden Xi Jinping kepada Yang di-Pertuan Agong dan menyatakan bahawa lawatannya di Malaysia kali ini adalah untuk melaksanakan kata sepakat dicapai pemimpin kedua-dua negara di samping mendorong hubungan China-Malaysia berkembang terus.


Menurut Li, China bersedia bersama-sama Malaysia untuk terus memupuk rasa saling percaya dalam bidang politik, mengekalkan pertukaran di peringkat tinggi, mengambil peluang yang wujud dalam perayaan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, memacu pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Malaysia, dan berdasarkan kelebihan milik masing-masing yang boleh saling melengkapi mendorong penaiktarafan kerjasama bilateral demi manfaat rakyat kedua-dua negara. 


"Kedua-dua pihak juga perlu terus meningkatkan interaksi dan pertukaran dalam bidang pendidikan dan belia di samping menjana impak sosial untuk menyuburkan persahabatan rakyat," kata Li.


Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Ibrahim pula mengirimkan salam ikhlas kepada Presiden Xi, dan berkata, pihaknya mengambil berat terhadap perkembangan hubungan dengan China, bersedia bersama-sama China untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang ekonomi, perdagangan, sains teknologi dan pelancongan di samping mendorong hubungan bilateral berkembang ke tahap baharu. Sementara itu, syarikat China dialu-alukan berurus niaga dan melakukan pelaburan di Malaysia.