Ekspo Buku Antarabangsa Beijing ke-30 Dirasmikan
2024-06-20 11:47:10 CRI
Ekspo Buku Antarabangsa Beijing ke-30 (BIBF) dirasmikan di Pusat Konvensyen Kebangsaan Beijing pada Rabu, diserikan dengan kehadiran Ketua Jabatan Publisiti Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Li Shulei.
Arab Saudi menjadi negara tamu kehormat ekspo kali ini.
Ekspo buku ini menarik penyertaan seramai 1,600 syarikat dan organisasi dari 71 buah negara dan kawasan, selain 220,000 jenis buku dari dalam dan luar China dipamerkan.