Presiden China, Trinidad and Tobago Ucap Tahniah Ulang Tahun Ke-50 Hubungan Diplomatik

2024-06-20 14:30:32  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Republik Trinidad and Tobago, puan Christine Carla Kangaloo bertukar ucapan tahniah bersempena dengan ulang tahun ke-50 ikatan diplomatik kedua-dua negara hari ini.


Xi menyatakan bahawa Republik Trinidad and Tobago sebagai negara utama di rantau Laut Caribbean merupakan rakan China yang sudah menjalinkan Perkongsian Komprehensif. Sejak hubungan diplomatik terjalin pada lima dekad yang lalu, kedua-dua negara mengekalkan momemtum yang baik dalam mengembangkan hubungan dua hala, berturut-turut mencapai kejayaan dalam memupuk rasa saling percaya dalam bidang politik, dan membuahkan hasil yang melimpah dalam kerjasama pelbagai bidang demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.


Xi berkata beliau amat mementingkan hubungan kedua-dua negara, bersedia bersama dengan puan Kangaloo mengambil kesempatan ini terus menggalakkan pembinaan bersama yang berkualiti dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), dan mengintensifkan pertukaran dan kerjasama kedua-dua pihak dalam pelbagai bidang supaya dapat mendorong perkongsian komprehensif China- Republik Trinidad and Tobago berkembang ke satu tahap yang lebih tinggi.  


Puan Kangaloo pula menyatakan bahawa negaranya dan China menjalinkan hubungan diplomatik berasaskan hasrat yang sama untuk mengembangkan persahabatan dan kerjasama. Beliau yakin hubungan bilateral pada era baharu ini pasti akan membawa kesejahteraan kepada kedua-dua pihak secara berterusan.


Pada hari yang yang sama, Perdana Menteri China, Li Qiang dan rakan sejawatnya dari Republik Trinidad and Tobago, Keith Rowley juga bertukar ucapan tahniah sempena ulang tahun ke-50 ikatan diplomatik kedua-dua negara.