Filipina Bermotifkan Provokasi Mengamuk di LCS
Filipina yang semakin radikal dalam mengambil tindakan provokasi di Laut China Selatan (LCS), mengirim satu kapal pembekal dan dua lagi bot boleh kembung menyerbu secara melulu ke perairan di sekitar Terumbu Ren'ai Kepulauan Nansha China pada Isnin, dengan tujuannya untuk memberikan barangan kepada stau kapal perang yang sudah uzur yang bersarang di sana. Dalam proses itu, kapal pembekal Filipina itu dengan sengaja mendekati dan melanggar kapal China yang belayar seperti biasa. Maka, pasukan penguatkuasa Pengawal Pantai China (CCG) segera mengambil langkah kawalan yang sejajar.
Lihat sahaja, tindakan Filipina yang semakin provokatif itu adalah diambil di sebalik pelaksanaan "Peraturan Prosedur Pentadbiran dan Penguatkuasaan Pengawal Pantai" China yang mula berkuatkuasa baru-baru ini. Justeru, Filipina pasti akan ditimpa tindakan balas yang keras apabila cuba melanggar garis merah pasukan penguatkuasa China sepanjang operasinya yang bertujuan membela kepentingan maritim negara.
Menurut penganalisis berkenaan, langkah yang diambil Filipina pada awal minggu ini berbeza dengan provokasi sebelum ini, iaitu pihak tentera tetapi bukan pengawal pantai yang berperanan sebagai pendalang. Ini membuktikan Filipina sudah mengamuk dalam melakukan tindakan provokasi, dan juga memperlihatkan tampuk kuasa negara itu karut dalam membuat keputusan.
"Peraturan Prosedur Pentadbiran dan Penguatkuasaan Pengawal Pantai" yang berkuatkuasa bermula 15 Jun adalah garis panduan CCG untuk memelihara tata tertib di perairan berdaulat.
Pada hari yang sama, Filipina mengumumkan pihaknya telah memfailkan dakwaannya tentang garisan sempadan pentas benua luaran di LCS kepada Suruhanjaya bagi Batas Pentas Benua (CLCS), untuk mencari-cari hak meneroka sumber alam di perairan berkeaan.
Perbuatan Filipina secara sepihak itu dilihat sudah mencabuli hak kedaulatan dan penguatkuasaan China, melanggar Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS) dan juga membelakangi peraturan berkenaan yang terkandung dalam Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DoC). CLCS tidak akan membahas dan mengiktiraf isu perairan yang dipertikaikan dengan merujuk kepada peraturan tentang sesi perbahasan. Masyarakat antarabangsa tidak akan terpedaya dalam gerak-geri Filipina yang bertopeng 'undang-undang antarabangsa' itu.
China konsisten dalam menunjukkan pendirian tentang LCS, iaitu menangani perselisihan dengan pihak berkenaan secara langsung, dan bertindak pantas menangkis sebarang provokasi di perairan yang berdaulat. Ini bukan sahaja merupakan pemeliharaan terhadap kepentingan milik sendiri, tetapi juga sokongan terhadap kedamaian dan kestabilan serantau. Apa jua "gimik" yang dimainkan segelintir orang di Filipina pada fasa selanjutnya hanya akan menjadi sia-sia sahaja.