Li Qiang, Anwar Hadiri Majlis Makan Tengah Hari Bersama Komuniti Ahli Perniagaan

2024-06-20 16:49:26  CRI
Share with:

Sejak hubungan diplomatik China-Malaysia terjalin pada 50 tahun yang lalu, kerjasama ekonomi dan perdagangan sentiasa memainkan peranan yang amat penting dalam hubungan bilateral. China bersedia bersinergi dengan Malaysia mempercepat pelaksanaan pelbagai perjanjian kerjasama, bersama-sama menggalakkan pelaksanaan projek mega di samping memupuk lebih banyak titik pertumbuhan bagi kerjasama dua hala yang sama menang.


Perdana Menteri China, Li Qiang berkata demikian semasa bersama-sama dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis makan tengah hari yang disertai kira-kira 200 orang wakil kalangan industri dan perniagaan dari China dan Malaysia di Kuala Lumpur tengah hari tadi.  


Li berharap agar perusahaan kedua-dua pihak memperhalusi penerokaan di pasaran negara masing-masing,  terus memacu pertumbuhan perdagangan dengan memanfaatkan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), mempergiatkan kerjasama dalam bidang pembangunan hijau dan ekonomi digital, di samping menggalakkan dialog dan interaksi antara kerajaan dan komunikasi dalam bidang sosiobudaya.


Li yakin dengan usaha bersama kalangan industri dan perniagaan serta kalangan lain kedua-dua negara, hubungan China-Malaysia pasti akan mengalami satu lagi tempoh 'emas' untuk lima dekad yang akan datang.


Anwar dalam ucapanya pula menyatakan bahawa pihaknya mengambil teguh komitmen untuk memperkasakan hubungan persahabatan dengan China, bersedia menambah persefahaman lagi antara satu sama lain melalui dialog, memperdalam kerjasama dalam perdagangan, pelaburan, sains dan teknologi dan pendidikan, dan menimba ilmu dan pengalaman dari tamadun masing-masing demi kesejahteraan rakyat dan generasi muda kedua-dua negara.