Presiden Xi Ucap Tahniah kepada WIE 2024

2024-06-20 12:12:05  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping menzahirkan ucapan tahniah kepada Ekspo Kecerdasan Dunia (WIE) 2024 yang dirasmikan di bandar Tianjin, utara China hari ini.


Xi dalam surat tahniahnya berkata, kecerdasan buatan (AI) merupakan daya penggerak penting bagi revolusi sains dan teknologi dan transformasi perindustrian pusingan baharu, dan ia juga akan memberikan kesan mendalam terhadap pembangunan sosioekonomi global dan kemajuan peradaban insan.


"China mementingkan pembangunan AI, secara aktif mendorong integrasi Internet, data besar, AI dengan ekonomi sebenar, memupuk dan mengembangkan industri AI, mempercepat pembangunan kuasa produktif kualiti baharu, dan memberikan momentum baharu kepada pembangunan berkualiti tinggi," kata Xi.


Beliau menekankan bahawa China bersedia untuk bekerjasama dengan negara-negara lain untuk mengambil peluang daripada pembangunan digital, rangkaian dan kecerdasan, mempergiat kerjasama antarabangsa mengenai pembangunan dan tadbir urus AI, agar memberikan sumbangan kepada pembangunan mampan AI, pertumbuhan ekonomi dunia dan kesejahteraan rakyat di pelbagai negara.