Memacu Pembangunan Ningxia Berdasarkan Perlindungan Ekologi di Kawasan Aliran Sungai Kuning -Xi

2024-06-21 16:00:39  CRI
Share with:

Pembangunan yang berpandukan konsep baharu dan perlindungan ekologi aliran Sungai Kuning perlu dipergiatkan di Wilayah Autonomi Hui Ningxia, dan sama juga pembaharuan secara menyeluruh dan peningkatan tahap keterbukaan, beserta pelaksanaan skim urbanisasi model baharu, pembangunan desa, dan pembinaan masyarakat yang berbilang kaum demi kemakmuran bersama. 


Demikian ditegaskan Presiden China, Xi Jinping ketika membuat tinjauan di Wilayah Autonomi Hui Ningxia semalam.

Selepas mendengar laporan kerja yang dibuat pihak berkuasa tempatan di Ningxia pada sebelah pagi Khamis, Xi menyatakan bahawa hendaklah memperhalusi pelaksanaan projek pembangunan industri kimia arang batu moden, bahan baharu, tenaga bersih seperti tenaga angin, fotovoltaik dan tenaga hidrogen, dan industri bercirikan tempatan seperti wain dan wolfberry di Ningxia, manakala memacu perkembangan industri pelancongan yang berunsurkan kebudayaan, dan merancakkan landskap pelancongan yang bercirikan tempatan yang melibatkan seluruh wilayah Ningxia.


"Perlunya meningkatkan tahap keterbukaan, baik dalam sektor domestik mahupun untuk urusniaga dengan luar, mengambil bahagian secara aktif dalam pembinaan bersama di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan dan pembinaan Laluan Darat-Laut yang Baharu di Kawasan Bahagian Barat, memperkasakan kerjasama ekonomi dan perdagangan dengan negara-negara Arab supaya dapat meningkatkan perhubungan antara kawasan pedalaman dengan luar negeri," kata Xi.

"Selain itu, usaha perlu dibuat untuk melindungi ekologi alam di Sungai Kuning, gunung Helan, gunung Liupan dan gunung Luoshan yang dilihat sebagai telapak bagi Ningxia dalam merancangkan pembaharuan dan pembangunan, melaksanakan sistem pengurusan sumber air yang paling ketat, dan meningkatkan penyelarasan dalam mendorong restorasi terhadap hutan, padang rumput dan tanah paya, serta menangani masalah hakisan tanah di padang pasir dan tanah masin-alkali dengan menyeluruh," tambah beliau.