China Membantah Keras AS yang Menjual Senjata Lagi kepada Taiwan

2024-06-21 14:51:05  CRI
Share with:

China menentang dan membantah sekeras-kerasnya tindakan Amerika Syarikat (AS) yang menjual lagi senjata kepada Taiwan yang merupakan sebahagian wilayah China.


Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian dalam satu sidang media semalam menyatakan bahawa AS berturut-turut menjual senjata kepada Taiwan, memberikan sokongan kepada pihak berkuasa Taiwan, iaitu Parti Progresif Demokratik (DPP) yang mengekalkan pendirian “kemerdekaan Taiwan” dan memprovokasi prinsip Satu China. Fakta ini sekali lagi membuktikan bahawa pembelot “kemerdekaan Taiwan” yang aktif dalam gerakan pemisahan serta kuasa luaran yang diketuai AS yang membuta malah menyokong, barulah ancaman terbesar terhadap keamanan Selat Taiwan dan perosak terbesar terhadap situasi Selat Taiwan yang wujud sekarang.  


“DPP yang berangan-angan memperjuangkan ‘kemerdekaan Taiwan’ secara kekerasan, dan AS degil menyokong plot DPP melalui pembekalan senjata, hanya akan menjadi sia-sia sahaja, dan jangan lupa 'tepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri',” kata Lin.


Lin menekankan bahawa isu Taiwan merupakan kepentingan teras yang paling diutamakan China, dan disifatkan sebagai garis merah pertama yang tidak boleh dilampaui dalam hubungan China-AS. Sesiap pun jangan memandang rendah keazaman dan kemampuan China untuk menentang “kemerdekaan Taiwan” dan membela kedaulatan dan keutuhan wilayah.


“China menggesa AS mematuhi prinsip Satu China dan tiga Pengumuman Bersama China-AS, membatalkan keputusan untuk menjual senjata kepada Taiwan, menghentikan lakuan salah yang menyokong “kemerdekaan Taiwan”, dan menghentikan tindakan yang menjejaskan keamanan kawasan Selat Taiwan. China akan mengambil tindakan yang tekad untuk memelihara kedaulatan, keselamatan dan keutuhan wilayah negara,” kata Lin.