China, Malaysia Setuju Lanjutkan Pengecualian Visa untuk Eratkan Hubungan Bilateral

2024-06-21 12:00:01  CRI
Share with:

China bersetuju untuk melanjutkan tempoh penguatkuasaan dasar pengecualian visa untuk rakyat Malaysia sehingga akhir 2025, manakala Malaysia pula melanjutkan kemudahan itu untuk rakyat China sehingga penghujung 2026.

Keputusan itu diumumkan dalam satu kenyataan bersama China-Malaysia untuk meningkatkan perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara, dan membina komuniti berkongsi nasib China-Malaysia yang dikeluarkan di Kuala Lumpur pada Khamis.


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, dengan usaha Malaysia dan China, tempoh pengecualian visa bagi pelancong Malaysia ke China akan dilanjutkan daripada 15 hari kepada 30 hari, manakala tempoh penguatkuasaan dasar pengecualian visa untuk rakyat negara masing-masing juga dilanjutkan.