Rakyat Pelbagai Kaum Bersatu Padu untuk Majukan Pembangunan Negara - Kata Xi

2024-06-21 12:52:10  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengadakan tinjuan ke Wilayah Autonomi Hui Ningxia di barat laut China, pada Rabu. 


Beliau terlebih dahulu melawat ke sebuah kawasan kediaman di Yinchuan, ibu kota wilayah Ningxia.


Beliau meluangkan masa berbual-bual dengan kakitangan dari pusat perkhidmatan dan penduduk tempatan untuk mengetahui perkhidmatan dan akvititi kebudayaan penduduk di sana.



Xi menyatakan bahawa perkhidmatan yang ditawarkan oleh kawasan kediaman kepada penghuni adalah yang paling langsung. Oleh itu, kawasan kediaman harus merumuskan pengalaman dan meneroka cara kerja baharu demi memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada penduduk.


Beliau menekankan bahawa perpaduan antara pelbagai kaum amat penting.



"Rakyat dari 56 etnik di negara kita harus berpadu rapat umpama biji buah delima, membentuk komuniti bangsa China dan keluarga besar. 


"Marilah kita berusaha bersama untuk memajukan pembangunan modenisasi, dan merealisasikan kebangkitan gemilang nusa dan bangsa China," kata Xi.