China, Afrika Selatan Komited Perkukuh Hubungan Bilateral

2024-06-21 11:56:02  CRI
Share with:

Atas undangan kerajaan Afrika Selatan, Utusan Khas Presiden China, Xi Jinping yang juga Naib Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan, Xiao Jie menghadiri majlis angkat sumpah Presiden Cyril Ramaphosa di Pretoria, ibu negara Afrika Selatan pada Rabu.


Xiao Jie menyampaikan ucapan tahniah dan harapan baik Presiden China, Xi Jinping kepada Ramaphosa, sebelum menyatakan, China menumpukan kepada perkembangan hubungan dengan Afrika Selatan dan bersedia bekerjasama dengan kerajaan baharu negara itu untuk terus memupuk rasa saling percaya dalam bidang politik, memperhebat kerjasama praktikal untuk menggalakkan perkembangan perkongsian strategik komprehensif China-Afrika Selatan ke tahap yang lebih tinggi.


Ramaphosa pula menyampaikan rasa hormat dan ucapan ikhlas kepada Presiden Xi dengan mengatakan, kerajaan Afrika Selatan yang baharu akan terus mengukuhkan hubungan persahabatan dengan China, menantikan peningkatan pertukaran yang ramah mesra dengan China pada semua peringkat, mengintensifkan kerjasama yang saling menguntungkan dalam pelbagai bidang, mengukuhkan komunikasi dan kerjasama dalam hal ehwal antarabangsa dan menggalakkan perkembangan hubungan bilateral.