Pengeluaran Minyak Mentah Cecah 100 Juta Tan di Ladang Terbesar China di Laut

2024-06-23 15:16:18  CRI
Share with:

Menurut maklumat didedahkan Syarikat Minyak Luar Pesisir Kebangsaan China (CNOOC), pengeluaran minyak mentah sudah mencecah 100 juta tan di Ladang Minyak 36-1 Suizhong, ladang minyak kendalian China yang terbesar di laut, sekali gus menjadikannya yang pertama melepasi paras 100 juta tan di perairan China.


Ladang Minyak 36-1 Suizhong yang terletak di bahagian utara Teluk Laut Bohai itu mula beroperasi pada 1993, dan pernah merekodkan penghasilan tahunan 5 juta tan lebih pada musim puncak. 


Kini, Ladang Minyak 36-1 Suizhong sebagai lubuk utama di Medan Minyak Laut Bohai, iaitu yang terbesar di perairan China, sudah dikesan mempunyai  300 juta tan simpanan “petroleum-di-tempat”, dilengkapi 24 pelantar dan 545 telaga, dan pengeluaran hariannya mencecah lebih 8,900 tan minyak mentah.