Bendung 'Kemerdekaan Taiwan' dari Segi Perundangan

2024-06-23 14:47:45  CRI
Share with:

"Cadangan mengenai menangkap dan mengheret pembelot 'Kemerdekaan Taiwan' ke muka pengadilan atas dakwaan jenayah memisahkan atau menghasut memisahkan negara" oleh Mahkamah Negara China bersama dengan Jabatan Pendakwa Raya Negara, Kementerian Keselamatan Awam, Kementerian Keamanan Wilayah dan Kementerian Kehakiman yang diumumkan dan mula berkuatkuasa pada Jumaat lalu turut dalam perhatian masyarakat antarabangsa yang menyifat tindakan ini sebagai  salah satu langkah paling  keras yang diambil China terhadap pembelot  "Kemerdekaan Taiwan",  bagi tujuan membendung aktiviti "kemerdekaan Taiwan" dan menyatukan tanah air.

Peraturan konkrit tentang pentafsiran terhadap jenayah memishkan atau menghasut memisahkan negara, kriteria menetapkan hukuman dan prosedur operasi standard (SOP) yang termaktub dalam cadangan tersebut, digubal berdasarkan rujukan dari "undang-undang anti pemisahan negara", "undang-undang jenayah China" dan "undang-undang pendakwaan jenayah China". Antaranya, hukuman tahap tertinggi bagi jenayah pemisahan negara adalah hukuman mati; pembelot "Kemerdekaan Taiwan" yang disabitkan kesalahan melakukan jenayah memisahkan atau menghasut memisahkan negara akan dipertanggungjawabkan seumur hidup di sisi undang-undang,  dan perbicaraan boleh dilakukan terhadap pembelot "Kemerdekaan Taiwan" tanpa kehadiran mereka dalam mahkamah.

"Cadangan" yang dikuatkuasakan menyasarkan segelintir pembelot "Kemerdekaan Taiwan" dan kegiatan mereka tentang pemisahan negara, namun tidak melibatkan penduduk awam di Taiwan ini, boleh membawakan isyarat yang jelas kepada penduduk awam di pulau itu bahawa kegiatan "Kemerdekaan Taiwan" merupakan penyebab terbesar yang boleh mencetuskan peperangan di Taiwan dan perosak terbesar terhadap kepentingan rakyat. Hanya dengan menjatuhkan hukuman terhadap jenayah pemisahan negara yang dilakukan pembelot "Kemerdekaan Taiwan"  di sisi undang-undang, rakyat Taiwan baru dapat menikmati dividen dari perkembangan secara damai hubungan kedua-dua Selat Taiwan.


Dilihat dari segi yang lebih luas, langkah menangkap dan mengheret pembelot 'Kemerdekaan Taiwan' ke muka pengadilan di sisi undang-undang juga kondusif bagi memelihara keamanan dan kestabilan serantau dan dunia.

Pada hari yang sama, Kementerian Luar China memutuskan untuk mengenakan sekatan terhadap syarikat Lockheed Martin AS dan pengurus kanannya berdasarkan Undang-Undang Antisekatan Asing Republik Rakyat China yang dianggap sebagai tindak balas terhadap pembekalan senjata AS kepada Taiwan.


Sebarang percubaan untuk mencabul kedaulatan  dan keutuhan wilayah China ditakdirkan menjadi sia-sia sahaja dan mereka yang terbabit pasti akan diheret ke muka pengadilan.