Rundingan Mengenai Kes Siasatan Anti-subsidi EU terhadap BEV China Dimulakan
2024-06-23 14:19:04 CRI
Menteri Perdagangan China, Wang Wentao dan Naib Presiden Eksekutif Suruhanjaya Eropah merangkap Pesuruhanjaya Perdagangan, Valdis Dombrovskis telah mengadakan rundingan seperti yang dijadualkan melalui pautan video pada Sabtu lalu.
Kedua-dua pihak bersetuju untuk memulakan rundingan mengenai kes siasatan anti-subsidi EU terhadap import kenderaan elektrik bateri (BEV) dari China.