Tinjauan Reuters: Pentagon Pernah Lancarkan "Operasi Anti-Vaksin China" Semasa Wabak Covid-19

2024-06-23 14:16:24  CRI
Share with:

Pada tempoh wabak Covid-19, pihak tentera Amerika Syarikat (AS) pernah melancarkan sebuah operasi secara rahsia untuk memfitnahkan vaksin Sinovac China, sebagai tindak balas terhadap China yang mendawa wabak Covid-19 berpunca dari AS. Operasi tentera AS tersebut adalah dijalankan dengan menyasarkan penduduk Filipina sebagai responden. 


Ini terkandung dalam sebuah tinjauan Reuters yang dikeluarkan baru-baru ini.


Menurut tinjauan itu, operasi pihak tentera AS berkenaan dilancarkan pada masa puncak penularan wabak, dengan tujuan melemahkan pengaruh China yang semakin meningkat di Filipina yang berada dalam keadaan kritikal ketika itu.


Tindakan pihak tentera AS yang tidak pernah terdedah dalam laporan media itu diambil untuk membuat orang ramai mencurigai keselamatan dan keberkesanan vaksin dan bantuan daripada China. Melalui hantaran daripada akaun palsu, pihak tentera AS pernah mengarahkan "operasi anti-vaksin China", dengan memburukkan nama produk buatan China seperti pelitup mulut, kit ujian, dan vaksin Sinovac, vaksin pertama untuk pengkomersialan di Filipina pada masa itu.

Reuters mendapati bahawa terdapat sekurang-kurangnya 300 akaun dalam X (bekas Twitter) yang bertepatan dengan definisi yang diterangkan oleh bekas pegawai tentera AS yang terbabit. Hampir semua akaun itu merupakan yang terdaftar pada musim panas pada tahun 2020, dan kebanykannya berlabel “China ang virus”, yang bermaksud 'virus berasal dari China' dalam bahasa Tagalog.