Penyelenggaraan Kemudahan Elektrik di Zon Akuakultur Maritim

2024-06-24 11:35:06  CRI
Share with:


Suasana sibuk boleh terasa di zon akuakultur maritim di Teluk Ailun di bandar Rongcheng provinsi Shandong baru-baru ini.

Yang sibuk menjalankan tugasan di zon itu bukan sahaja para nelayan, tetapi juga kakitangan dari badan pembekalan tenaga elektrik tempatan yang sudah menjadikan pemeriksaan keselamatan terhadap kemudahan grid dan peralatan fotovoltaik sebagai kerja rutin, yang dilihat sangat penting bagi memastikan kelancaran dalam operasi akuakultur di perairan terbabit.