Xi Ucap Tahniah kepada Minggu Pertukaran Belia China-AS "Ikatan Kuliang" 2024

2024-06-24 12:53:17  CRI
Share with:

Minggu Pertukaran Belia China-Amerika Syarikat (AS) "Ikatan Kuliang" 2024 dirasmikan di bandar Fuzhou, provinsi Fujiang hari ini. Penganjuran aktiviti tersebut turut diserikan dengan ucapan tahniah dari Presiden China, Xi Jinping melalui kiriman surat.


Beliau menyatakan bahawa belia adalah golongan yang paling bertenaga dan penuh bercita-cita, dan masa depan hubungan antara kedua-dua negara China dan AS adalah terletak pada golongan belia. 


Beliau menzahirkan harapan agar golongan belia China dan AS merapatkan pertukaran, memperkukuh persahabatan, berusaha bersama meneruskan persahabatan, menyumbang demi pembangunan hubungan China-AS yang sihat dan stabil, selain mewujudkan keamanan, kemajuan, dan kemakmuran bersama.