Tinjauan CGTN: 93.1% Responden Menentang "NATO versi Asia-Pasifik"
2024-06-24 20:37:16 CRI
Tinjauan pendapat umum yang dijalankan oleh CGTN di kalangan netizen seluruh dunia mendapati, sebanyak 93.1 peratus responden berpendapat bahawa keselamatan di rantau Asia-Pasifik harus dicapai oleh negara-negara di rantau berkenaan melalui dialog politik dan rundingan damai. Di samping itu, mereka menentang keras penciptaan "NATO versi Asia-Pasifik" oleh Amerika Syarikat (AS) yang berbaur Perang Dingin dan konfrontasi.
Tinjauan itu dijalankan melalui platform CGTN dalam bahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis, Arab dan Rusia. Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 10,688 netizen mengundi dan menyatakan pendapat masing-masing.