Roket Pembawa Boleh Guna Semula China Selesaikan Ujian VTOL 10 Km Pertama

2024-06-24 16:14:07  CRI
Share with:

Roket pembawa boleh guna semula China berjaya menyelesaikan ujian penerbangan perlepasan dan pendaratan tegak (VTOL) berjarak 10 kilometer (km), di Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan, barat laut China, pada Ahad.

Inilah ujian VTOL yang berskala paling besar bagi roket pembawa boleh guna semula di China setakat ini. Ia sekali gus meletakkan asas teknologi yang baik untuk misi penerbangan sulung roket pembawa boleh guna semula peringkat empat meter yang dijadualkan pada 2025.