China, Perancis Tingkatkan Kerjasama Jenama

2024-06-24 16:17:55  CRI
Share with:

Forum Peringkat Tinggi Jenama China-Perancis ke-10 dirasmikan di ibu pejabat Pertubuhan Pendidikan, Saintifik, dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di Paris pada 21 Jun lalu. 

Mantan Perdana Menteri Perancis, Jean-Pierre Raffarin ketika berucap pada majlis perasmian berkata, Perancis dan China harus menggunakan platform seumpama ini untuk menghapuskan halangan kebudayaan, merangsang inovasi, mendorong penyelarasan dan kolaborasi jenama, serta mencipta lebih banyak nilai.

Forum Peringkat Tinggi Jenama China-Perancis ditubuhkan sepuluh tahun lalu, bersempena ulang tahun ke-50 jalinan hubungan diplomatik China-Perancis. 

Forum itu bertujuan untuk menggalakkan pertukaran kebudayaan antara pelbagai kawasan, mengadakan dialog tradisi dan inovasi, serta membina jambatan bagi kerjasama jenama antara kedua-dua negara.