Bekalan Elektrik Terputus, Penerbangan di Lapangan Terbang Manchester Terjejas
2024-06-24 14:51:56 CRI

Bekalan elektrik terputus di kawasan lapangan terbang Manchester, Britain pada awal pagi 23 Jun, mengakibatkan banyak penerbangan terpaksa dibatalkan dan pengoperasian lapangan terbang terjejas.
Pihak lapangan terbang itu kemudian mengumumkan pemulihan bekalan elektrik dan penyambungan semula perkhidmatan. Penerbangan yang dibatalkan akan diaturkan dalam beberapa hari akan datang.

Setakat ini, punca gangguan bekalan elektrik kali ini masih belum diketahui.

