BIBF Saksi Hasil Memberangsangkan Dagangan Hak Cipta

2024-06-24 13:15:09  CRI
Share with:

Pesta Buku Antarabangsa Beijing (BIBF) edisi ke-30 berlangsung di Pusat Konvensyen Negara China bermula 19 hingga 23 Jun dengan merekodkan kehadiran seramai 300,000 pelawat.


Pesta buku itu beroleh hasil memberangsangkan dari segi dagangan hak cipta, menyaksikan sebanyak 2,100 perjanjian berkenaan dicapai antara China dengan negara asing.


Antaranya termasuk 1,426 surat hasrat (LoI) dan perjanjian membabitkan eksport hak cipta, 558 LoI dan perjanjian import serta 116 LoI berkaitan program penerbitan bersama. 


Budaya tradisional China serta inovasi sains dan teknologi yang paling mencuri perhatian firma penerbit antarabangsa, menjadi teras kerjasama hak cipta antara China dengan negara asing.

BIBF bukan sahaja menjadi jejambat bagi pengamal penerbitan dalam dan luar negara melakukan komunikasi dan kerjasama, malah membantu membudayakan amalan membaca dalam kalangan masyarakat.


Sempena BIBF tahun ini, ruang membaca khas ditawarkan di pusat konvensyen bagi memenuhi keperluan para pengunjung yang datang memilih buku-buku yang disukai.

Pelbagai acara fizikal turut diatur bagi menggamit kedatangan lebih banyak peminat buku, selain sesi mempromosi buku baharu menerusi penstriman langsung.

Selaku pesta buku antarabangsa kedua terbesar di dunia, BIBF kali ini menarik penyertaan 1,600 pempamer dari 71 negara dan wilayah dan mempertontonkan 220,000 jenis buku domestik dan asing dengan 1,000 aktiviti budaya sebagai pengisian.