Kapal Pemecah Ais Jidi Diserah di Guangzhou
2024-06-24 14:35:34 CRI
Kapal pemecah ais China Jidi diserahkan di bandar Guangzhou hari ini, bagi menjalankan misi ekspedisi saintifik pada setengah tahun kedua tahun ini.
Jidi ialah kapal pemecah ais generasi baharu yang direka bentuk dan dibangunkan oleh Guangzhou Shipyard International CSSC. Panjangnya 89.95 meter, lebarnya 17.8 meter, kelajuan rekaan 15 batu nautika sejam, dan boleh belayar sejauh 14,000 batu nautika sekali.
Kapal itu akan digunakan dalam misi pemantauan dan penyelidikan laut, ais, atmosfera di kutub, mampu menjalankan pengawasan dan pengumpulan sampul di laut, sekali gus menyumbang kepada pencegahan dan pengurangan bencana di China.