Rel China-Kyrgyzstan-Uzbekistan Praktik Penting BRI

2024-06-24 15:02:47  CRI
Share with:

Rel China-Kyrgyzstan-Uzbekistan bakal menjadikan Kyrgyzstan sebuah negara transit yang berpotensi amat besar, kata Perdana Menteri Kyrgyzstan Akylbek Japarov.


Terdahulu, China, Kyrgyzstan dan Uzbekistan telah memeterai perjanjian antara kerajaan mengenai projek rel yang menghubungkan ketiga-tiga negara pada 6 Jun.


Menurut Japarov, rel berkenaan merupakan laluan paling pendek dari Shanghai ke Paris sekali gus menampilkan seluruh Asia Tengah sebagai laluan darat yang menghubungkan dua entiti utama dunia iaitu China dan Kesatuan Eropah (EU).


"Pembinaan rel China-Kyrgyzstan-Uzbekistan bukan sahaja akan menjadikan Asia Tengah sebagai pusat pertembungan tamadun, tetapi juga hab bagi perdagangan dan logistik.


"Dengan bantuan rel itu, kami akan membina landasan kereta api di wilayah Kyrgyzstan dan menyiapkan stesen transit pertama untuk rel berkenaan bersandarkan kekuatan sendiri," kata beliau dalam temu bual bersama Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini.


Japarov berkata rel China-Kyrgyzstan-Uzbekistan akan membolehkan Kyrgyzstan mengoptimumkan sepenuhnya potensi transit dan beralih kepada sebuah negara yang dihubungkan laut.


Beliau turut melihat pembinaan rel itu sebagai praktik penting Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang dikemukakan Presiden Xi Jinping.