Kes Tembakan di AS, 43 Orang Menjadi Mangsa

2024-06-24 14:41:27  CRI
Share with:

Beberapa kes tembakan berlaku di Amerika Syarikat (AS) pada hujung minggu lalu, mengakibatkan sekurang-kurangnya dua orang maut, dan 41 lagi cedera. 


Beberapa kes tembakan berlaku di Missouri, mengakibatkan sekurang-kurang seorang maut dan 24 lagi cedera pada Ahad. 

Kes tembakan berlaku di sebuah kelab malam di Louisville, Kentucky pada awal pagi 22 Jun, menyebabkan seorang maut, dan tujuh lagi cedera. 


Menurut statistik laman web Arkib Keganasan Senjata Api (GVA), sekurang-kurangnya 8,016 orang terbunuh dan lebih 15,000 orang cedera dalam 244 insiden tembakan senjata api di negara tersebut sejak awal tahun ini sehingga 23 Jun lalu.