Korea Selatan Komited Siasat Punca Kebakaran di Kilang Bateri

2024-06-25 13:12:33  CRI
Share with:

Perdana Menteri Korea Selatan Han Deok-soo ketika mempengerusikan mesyuarat kabinet pada pagi Selasa, mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terbunuh dalam kebakaran di sebuah kilang pengeluar bateri.


Kebakaran teruk berlaku di sebuah kilang bateri di Hwaseong, wilayah Gyeonggi pada Isnin. Setakat ini, kemalangan itu telah menyebabkan 22 orang maut, 8 cedera dan seorang masih hilang. 


Menurut anggaran awal pihak berkuasa Korea Selatan, sebanyak 17 warga China maut dalam kemalangan itu, dan jumlah itu memerlukan pengesahan lanjut.


Anggota bomba mengesahkan, kebakaran telah dipadamkan 22 jam selepas ia tercetus.