Ketua PBB Bantah Keras Serangan Ganas di Rusia

2024-06-25 12:53:24  CRI
Share with:


Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres mengeluarkan kenyataan melalui jurucakapnya, mengutuk sekeras-kerasnya serangan keganasan yang berlaku di Republik Dagestan Rusia, pada Isnin.


Sementara itu, Guterres menyampaikan simpati kepada keluarga mangsa, rakyat dan kerajaan Rusia, dan berharap mangsa cedera dapat sembuh secepat mungkin.


Dilaporkan dua gereja Ortodoks, sebuah sumaah Yahudi, dan sebuah pos polis mengalami serangan ganas di bandar Derbent dan Makhachkala, Republik Dagestan Rusia pada Ahad, mengakibatkan 20 orang maut dan 46 lagi cedera.