Kenapa “My Altay” Marahkan The Wall Street Journal?

2024-06-25 14:03:00  CRI
Share with:

“My Altay” yang merupakan drama pendek 6 episod yang diadaptasi dari karya prosa, Li Juan, seorang penulis yang berasal dari Wilayah Xinjiang, yang disiarkan di China sejak akhir-akhir ini mendapat sambutan yang sangat baik dari penonton.

 

Bukan itu sahaja, drama ini turut dicalonkan dalam Festival Filem Cannes, berikutan visual dan senimatografi berlatar belakangkan keindahan di kawasan Altay, barat laut Xinjiang. Ini secara tidak langsung memperlihatkan keadaan sebenar di Xinjiang yang berbeza dengan omongan kosong pihak Barat, sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati pihak tertentu. Namun mengecewakan apabila The Wall Street Journal mendakwa, drama ini merupakan propaganda China untuk menunjukkan sisi ‘baik’ di Xinjiang, sekali gus menafikan tuduhan Barat berkenaan hak asasi manusia di Xinjiang.

 

“My Altay” ditulis berdasarkan pengalaman Li Juan dan keluarganya mengikuti pengembaraan etnik Kazakh berhijrah ke kawasan padang rumput di Altay pada awal abad ini, dan kemudiannya diterbitkan pada 2010. Jadi berdasarkan situasi di atas, adakah The Wall Street Journal beranggapan, China telah mengarahkan seorang penulis untuk bercerita mengenai Xinjiang pada hampir 20 tahun yang lalu, kerana tahu pihak Barat akan ‘mensensasikan’ Xinjiang dalam beberapa tahun kebelakangan ini?

 

Satria telah menonton drama ini dan merasa menariknya banyak dialog yang dituturkan pelakon adalah dalam bahasa Kazakh. Bukan itu sahaja, difahamkan pelakon bangsa Han belajar bahasa Kazakh selama 6 bulan sebelum penggambaran. Ini bersesuaian dengan fakta Xinjiang sebagai kampung halaman pelbagai etnik, rata-rata mereka memahami dan boleh bertutur bahasa etnik lain, walaupun tidak begitu menguasainya.

 

Pelbagai etnik boleh hidup dengan harmoni di satu kawasan, situasi ini mungkin susah difahami oleh Barat, namun ia adalah sesuatu yang biasa di China, Malaysia dan negara-negara ASEAN. Bahkan ini yang menjadi kunci kepada kestabilan dan pembangunan negara-negara serantau.

 

Dalam hantaran Satria sebelum ini, banyak kali memperkenalkan abang ipar yang telah ditempatkan ke kawasan rumput Nalati untuk membantu mengubah sebuah kampung tempatan menjadi destinasi pelancongan. Kali ini Satria nak berkongsi pengalaman seorang kawan sekampung, yang kini ditempatkan di Kaunti Xinyuan, Daerah Autonomi Kazakh Yili, Xinjiang yang terletak tidak jauh dari kawasan padang rumput Nalati.

 

Kawan Satria ini kerap berkongsi gambar, memperkenalkan kawan baharunya di sana, termasuk kanak-kanak yang bersama-sama dengannya bermain bola keranjang atau bola sepak sepanjang berada di sana.

 


Sempena Hari Raya Aidiladha yang lalu, kawan Satria ini telah dijemput ke rumah terbuka rakan-rakan sekerjanya. Menerusi gambar yang dikongsikannya, Satria lihat rumah penduduk etnik minoriti di sana lebih besar dan mewah berbanding rumah Satria. Salah seorang penduduk tempatan tinggal di sebuah villa, manakala seorang lagi, tinggal di sebuah rumah yang reka bentuknya kaya dengan unsur tradisional etnik minoriti, yang dekat dengan kawasan padang rumput bagi memudahkan urusan penternakan.

 

Jadi, kawan Satria ini merancang untuk mengajak isteri dan anaknya melancong ke Xinjiang pada bulan depan sempena cuti sekolah. Cuma apa yang dirisaukan ialah pelancongan ke Xinjiang akan menjadi lebih padat dengan pengunjung berikutan drama “My Altay” yang semakin popular.

 

Satria telah mencadangkan kepada abang ipar dan kawan Satria, untuk mencatat kehidupan harian mereka di sana. Mungkin mereka boleh menerbitkan buku atau vlog “My Nalati”, sekali gus menafikan ‘penipuan’ media Barat seperti The Wall Street Journal.