China, Vietnam Bersama Musnah Dadah 96 Kg

2024-06-25 14:43:11  CRI
Share with:

Sempena Hari Antidadah Antarabangsa ke-37 yang jatuh pada 26 Jun, China dan Vietnam bersama-sama menganjurkan aktiviti memusnahkan dadah secara terbuka, diikuti lebih 600 orang, di bandar Chongzuo, wilayah Guangxi, barat daya China, pada Isnin.


Sebanyak 96.01 kilogram (kg) dadah, yang kebanyakannya heroin, yang dirampas dalam operasi akhir-akhir ini dimusnahkan.


Chongzuo menganjurkan aktiviti memusnahkan dadah bersama pihak Vietnam untuk mengukuhkan kerjasama antidadah di kawasan sempadan kedua-dua negara, di samping memberikan isyarat tegas untuk mengharamkan kegiatan pengedaran dadah.


Selain itu, pameran hasil dan pencapaian kerja antidadah dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan sesi mempopularkan pengetahuan mengenali jenis dadah baharu turut diadakan bagi meningkatkan kesedaran orang awam, terutama golongan belia, untuk menjauhkan diri daripada penyalahgunaan dadah.