Filipina Digesa Hentikan Tindakan Provokatif

2024-06-25 14:23:11  CRI
Share with:

Fakta di sebalik pertikaian laut antara China dan Filipina adalah amat jelas. China telah banyak kali memberi penerangan dan menegaskan pendirian dalam isu berkaitan. 

Sekiranya Filipina benar-benar ingin mengikuti Undang-undang Antarabangsa, negara itu dinasihat supaya memastikan lingkungan wilayah mengikuti perjanjian berkaitan termasuk Perjanjian Damai antara Amerika Syarikat dengan Sepanyol 1898, dan patuh akan Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DoC).


Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning dalam sidang akhbar di Beijing pada Isnin. 


Filipina digesa menghentikan tindakan provokatif dan berhenti menyebarkan maklumat salah di peringkat antarabangsa, kata Mao.