Hubungan China, Malaysia Makin Rancak untuk 50 tahun Akan Datang
Presiden MCA, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong dalam temu bual eksklusif dengan Kumpulan Media China (CMG) di Beijing menunjukkan bahawa dalam tempoh 50 tahun akan datang, Malaysia dan China perlu memperdalam lagi hubungan kedua-dua negara ke tahap yang lebih tinggi.
Katanya, Malaysia dan China kini berada di fasa pembangunan dan hubungan yang semakin akrab, malah interaksi di pelbagai bidang khususnya perdagangan dan pelancongan juga semakin rancak.
"Ini cukup baik, beri satu senario yang lebih baik untuk rapatkan hubungan sesama kita dalam pelbagai bidang. Dalam tempoh 50 tahun akan datang, kita perlu mendalami hubungan kita tapi bukan hubungan biasa sebaliknya yang luar biasa," ujar beliau.