Isteri Presiden China, Poland Bersama Kunjungi NCPA

2024-06-25 14:03:41  CRI
Share with:

Isteri Presiden China Xi Jinping, Peng Liyuan dan isteri Presiden Poland Andrzej Duda, Agata Kornhauser-Duda bersama mengunjungi Pusat Seni Persembahan Nasional (NCPA) di Beijing pada Isnin.


Selain melihat fasiliti NCPA, Peng dan Agata juga meluangkan masa melawat satu pameran seni mengenai warisan budaya tidak ketara Beijing.


Peng berkata China dan Poland mempunyai sejarah yang panjang dan tradisi budaya yang utuh, menyaksikan pertukaran sesama rakyat semakin rancak pada tahun-tahun kebelakangan ini.


Beliau yakin persefahaman dan persahabatan antara rakyat China dan Poland akan bertambah kukuh seiring pertukaran budaya dua negara yang terus diperkaya.


Agata ditemani Peng menikmati persembahan menarik antaranya muzik rakyat China, Opera Peking serta pertunjukan piano dan korus.


Agata memuji persembahan dihidangkan para artis sambil berkata budaya tradisional China yang berwarna-warni meninggalkan impresi mendalam kepada beliau.


Beliau berharap kedua-dua pihak dapat terus memperkasakan pertukaran dan kerjasama, di samping memperkukuh jalinan persahabatan sesama rakyat.