Usah Heret Asia Barat ke Malapetaka Lebih Serius - Kata Wakil China

2024-06-26 13:14:00  CRI
Share with:

Pelbagai pihak diseru mengawal perasaan, mengelakkan tindakan yang meruncingkan lagi situasi dan jangan mengheret seluruh kawasan Asia Barat ke malapetaka yang lebih serius. 


Demikian dinyatakan oleh Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Fu Cong ketika berucap pada sesi terbuka Majlis Keselamatan PBB pada Selasa. 


"Selepas pengumuman inisiatif mengenai gencata senjata tiga fasa di Gaza pada 31 Mei, Amerika Syarikat (AS) mendorong Majlis Keselamatan meluluskan resolusi 2735 untuk menggesa Israel dan Hamas menerima inisiatif itu. 

"AS mendakwa bahawa Israel telah menerima inisiatif gencatan senjata itu, namun hingga sekarang, Israel masih meneruskan operasi ketenteraan secara besar-besaran ke atas kawasan Gaza, seperti yang disaksikan oleh masyarakat antarabangsa," kata Fu.


China menyeru masyarakat antarabangsa mengambil segala tindakan yang perlu untuk mewujudkan gencatan senjata secara berkekalan di Gaza dan menyambungkan semula "Penyelesaian Dua Negara" supaya keamanan dan kedamaian diwujudkan di kawasan Asia Barat secepat mungkin.