IHP Kanada Naik 2.9% pada Mei
2024-06-26 14:44:29 CRI

Indeks harga pengguna (IHP) di Kanada meningkat sebanyak 2.9% tahun ke tahun pada Mei lalu, dan lebih tinggi berbanding April yang merekodkan 2.7%.
Menurut statistik berkaiatan, sebab utama kenaikan inflasi di Kanada pada bulan lepas adalah kenaikan harga perkhidmatan seperti perkhidmatan mudah alih, pelancongan berkumpulan, sewa rumah, pengangkutan udara, dan lain-lain.

