Forum Davos: Ekonomi China Memberangsangkan

2024-06-26 16:10:44  CRI
Share with:

Forum Davos musim panas ke-15 dirasmikan di Dalian, China pada Selasa. 

Peserta dari beberapa negara berpendapat bahawa ekonomi China menyaksikan momentum pemulihan yang amat kuat.

Topik “China dan dunia” menjadi fokus dalam forum edisi ini. Para peserta beranggapan, potensi besar dan kemampanan ekonomi China menjadi tarikan utama bagi mereka untuk terus menerokai pasaran di negara ini. 

Mereka berkata, komuniti antarabangsa dapat melihat kejayaan pembangunan ekonomi serta keterbukaan yang bertaraf tinggi negara ini melalui Forum Davos.