Tulis Bab Pembangunan Baharu Kawasan Etnik Minoriti - Kata Xi

2024-06-26 16:40:29  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping mengucapkan tahniah sempena sambutan ulang tahun ke-40 penubuhan Kaunti Autonomi She Jingning, bandar Lishui, provinsi Zhejiang, melalui surat balasnya kepada penduduk tempatan, pada Rabu.


Xi menyatakan, kaunti Jingning mencapai kejayaan yang mengagumkan dalam perpaduan kaum dan pembangunan dalam tempoh empat dekad lalu. 

"Saya amat gembira melihat rakyat pelbagai etnik hidup bahagia," kata Xi.


Beliau berharap pegawai dan rakyat pelbagai etnik di kaunti itu melaksanakan dengan bersungguh-sungguh pengaturan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), mewariskan tradisi yang baik, meningkatkan perpaduan kaum, memaimkan kelebihan tempatan, mendorong pembangunan bermutu tinggi dan kemakmuran bersama di kawasan etnik minoriti, agar menulis bab pembangunan baharu bagi kampung etnik She dalam pembinaan modenisasi ala China.