BIBF ke-30 Platform Terbaik Perkongsian Ilmu Sedunia

2024-06-26 10:25:49  CRI
Share with:


Pesta Buku Antarabangsa Beijing (BIBF) ke-30 yang menyaksikan penyertaan kira-kira 1,600 pempamer dari 71 negara dan kawasan merupakan bukti sektor pendidikan dan penerbitan diberikan perhatian yang serius oleh kerajaan China.


Diangkat sebagai pesta buku kedua terbesar di dunia, BIBF merupakan wadah terbaik dalam perkongsian ilmu, teknologi dan budaya negara-negara yang terlibat.


Penyertaan Malaysia pada kali ini, dilihat lebih besar dan meriah berbanding sebelumnya, seiring dengan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.