China akan Kecualikan Visa kepada Pengembara New Zealand, Australia dan Poland

2024-06-26 13:16:06  CRI
Share with:

China akan Kecualikan Visa kepada Pengembara New Zealand, Australia dan Poland 


China akan melaksanakan dasar pengecualian visa kepada pengembara dari New Zealand, Australia dan Poland, berkuatkuasa bermula 1 Julai 2024 hingga 31 Disember 2025. 


Dalam tempoh tersebut, pemegang pasport biasa dari ketiga-tiga negara itu yang ingin datang ke China dengan tujuan berurus niaga, melancong, mengunjungi saudara mara dan transit tidak melebihi 15 hari, boleh masuk ke negara ini tanpa visa.


Langkah ini diyakini dapat memudahkan lagi pertukaran lawatan antara China dengan dunia.