Forum Davos Musim Panas 2024 Buka Tirai di Dalian
Forum Davos Musim Panas 2024 yang dijadual berlangsung selama tiga hari membuka tirainya di bandar Dalian, timur laut China pada Selasa dengan merekodkan kehadiran lebih 1,600 wakil dari hampir 80 negara dan wilayah.
Pengarah Urusan Forum Ekonomi Dunia (WEF) Mirek Dusek menyatakan Forum Davos bukan sahaja sebuah persidangan global, tetapi juga platform penting yang memfokuskan Asia serta tidak boleh dipisahkan daripada China.
Beliau berkata walaupun persekitaran geopolitik ketika ini kurang optimistik, namun dunia kini berada dalam era ekonomi pintar model baharu yang terbaik.
Dusek berpendapat wujudnya peluang dan cabaran dalam ekonomi semua negara, dan pengekalan keseimbangan dua perkara itu juga antara tumpuan usaha China.