Banjir AS: Lebih 220,000 Keluarga Alami Gangguan Bekalan Elektrik

2024-06-27 13:48:22  CRI
Share with:

Bencana banjir melanda kawasan tengah dan barat Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, melibatkan Minnesota, Iowa, South Dakota dan lain-lain, mengakibatkan bangunan kediaman, jalan raya dan kemudahan awam terjejas. 


Menurut statistik PowerOutage.us, setakat pukul 6.00 pagi 26 Jun waktu timur AS, terdapat 220,000 keluarga tempatan mengalami gangguan bekalan elektrik.