CIA Mahu Tubuh Sebuah Negara di India?

2024-06-27 15:40:46  CRI
Share with:

Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS) sedang merancang menubuhkan sebuah negara di Bangladesh, Myanmar dan bahagian timur laut India, lapor akhbar Goa Chronicle India mutakhir ini.


Huru-hara dan konflik sering tercetus di timur laut India yang mempunyai isu sejarah, agama dan perkauman yang rumit. Menurut media India, jika rancangan CIA itu berjaya, ia akan memburukkan lagi pergolakan di wilayah tersebut sehingga membawa cabaran strategik kepada India.


CIA dilaporkan merancang menubuhkan sebuah negara agama di wilayah berkenaan. 


Padahal, pertelingkahan antara agama sudah menjadi salah satu faktor utama yang menyebabkan perpecahan masyarakat India.


Dalam pada itu, AS memainkan peranan penting dalam meruncingkan situasi.


Tatkala pertelingkahan bertambah teruk, maka 'kebebasan' dan 'penubuhan negara' menjadi suatu 'perkara wajar'.


Dengan kata lain, walaupun komplot 'penubuhan negara' itu baru sahaja didedahkan, namun AS telah pun memulakan 'tindakan sulit' jauh lebih awal termasuk menghasut pemberontakan di India.


Menurut pandangan pakar, walaupun AS dan India mempunyai konsensus dalam banyak isu, namun India tidak mengikut semua arahan AS dalam sesetengah urusan antarabangsa pada beberapa tahun kebelakangan ini. Lantaran itu, AS makin tidak berpuas hati terhadap India.


Sesetengah bekas pegawai kerajaan dan kumpulan pemikir AS juga meragui sama ada India mampu menjadi rakan sekutu yang boleh dipercayai.


India mahu mengekang China dengan bergantung pada AS sambil merancang agenda sendiri. Justeru tentulah AS akan mengenakan tindakan ke atas negara itu sepertimana yang dilakukan CIA di Itali, Iran dan Mesir sebelum ini.


Menerusi kegiatan CIA, AS telah memasang banyak 'paku' di India. Situasi ini jelas menggambarkan kenyataan ramai pihak yang mengatakan "menjadi musuh AS adalah berbahaya, menjadi rakan sekutunya mengundang malapetaka."