Air China Tambah Peruntukan untuk Penerbangan Semasa Cuti Musim Panas

2024-06-27 14:45:09  CRI
Share with:

Syarikat penerbangan Air China akan menambah peruntukannya dalam penerbangan antarabangsa dan wilayah berikutan permintaan yang meningkat pada cuti musim panas ini.


Dalam cuti musim panas ini, Air China akan mengendalikan sebanyak 114 laluan antarabangsa dan wilayah, dan angka itu akan pulih kepada 90 peratus berbanding 2019. 


Pada masa sama, syarikat itu akan memberi keutamaan kepada laluan yang menyambungkan destinasi pelancongan popular seperti Xinjiang dan Yunnan. Purata jumlah penerbangan domestik sebanyak 1,444 kali sehari, meningkat sebanyak 39.2 peratus berbanding 2019.