Di Mata AS, Filipina Bukan Kawan Tapi Peralatan

2024-06-27 13:56:02  CRI
Share with:

Filipina boleh dikatakan negara yang paling menyebelahi Amerika Syarikat (AS) di rantau Asia Tenggara pada masa ini. Walau bagaimanapun, di mata pegawai Washington, Filipina bukanlah kawan, tetapi peralatan.

Baru-baru ini, mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam satu wawancara mempersoalkan peranan AS di Asia Tenggara.

Beliau menyatakan bahawa AS bukan negara di Laut China Selatan, tetapi ia nampaknya amat suka mencetuskan konfrontasi antara negara-negara serantau, malah "membimbing" mereka ke arah peperangan, sebagaimana yang berlaku antara Ukraine dan Rusia.

Ini adalah kerana apabila peperangan tercetus, AS dapat menjual sejumlah besar senjatanya.

Dalam pada itu, mantan Senator AS, Richard Black mengingatkan Filipina supaya membuat penilaian dengan berhati-hati dan jangan menjadi peralatan AS. Beliau berkata sekiranya Filipina mengikuti AS yang suka berperang, terlibat dalam konflik bersenjata, ini akhirnya akan membawa malapetaka kepada rakyat Filipina.  

Selain itu, mantan ketua kakitangan Setiausaha Negara Colin Powell, Lawrence Wilkerson mencadangkan Filipina agar "lebih matang" dan "menjauhkan diri dari AS".

Terdapat beberapa lagi tokoh menegaskan bahawa AS padahal ingin menggunakan Filipina untuk mencipta syarat untuk potensi konflik dengan China, Filipina bukanlah kawan, tetapi hanya peralatan bagi Washington.


Menurut pengulas, Filipina telah melakukan dua kesilapan utama dalam isu Laut China Selatan dan hubungannya dengan China.

Pertama, seperti yang dikatakan oleh mantan pegawai kerajaan AS tersebut, tujuan asas dasar luar White House adalah untuk mengekalkan kedudukan hegemoninya di rantau Asia-Pasifik bahkan peringkat global. Untuk tujuan ini, ia perlu membendung dan menyerang pencabar potensi.

Kedua, adalah kurang bijak bagi negara seperti Filipina untuk rela menjadi bidak negara asing yang mengejar hegemoni dan terlibat secara aktif dalam konflik dengan negara jiran. Ahli politik yang memegang kuasa negara di Filipina mengabaikan kepentingan negara sebenar Filipina, menggunakan aset awam untuk mengejar kepentingan peribadi. Ini amat berbahaya dan buat seluruh rakyat Filipina.