Panda Gergasi Yun Chuan dan Xin Bao akan ke AS

2024-06-27 13:52:42  CRI
Share with:

 Sepasang panda gergasi iaitu Yun Chuan dan Xin Bao akan berlepas ke Amerika Syarikat (AS) untuk kerjasama perlindungan panda gergasi pusingan baharu antara kedua-dua negara.


Menurut maklumat Jabatan Perhutanan dan Padang Rumput Negara China, pasangan panda itu akan meninggalkan Pangkalan Bifengxia Ya'an Pusat Perlindungan dan Penyelidikan Panda Gergasi China malam ini, untuk diterbangkan ke AS.

Untuk menjamin kesihatan dan keselamatan pasangan panda itu sepanjang perjalanan, pihak China telah menyediakan makanan segar seperti buluh, rebung, buah, sayur dan air minum. Selain itu, lima penjaga dan doktor haiwan akan menemani kedua-dua panda itu. 


Selepas Yun Chuan dan Xin Bao dibawa ke Zoo San Diego, pakar dari pihak China akan berada di sana selama tiga bulan untuk membantu pasangan panda itu menyesuaikan diri dengan persekitaran hidup yang baharu. 


Orang awam boleh mengetahui keadaan kedua-dua panda berkenaan melalui pelbagai saluran.