Peluang Baharu China, Topik Hangat di Forum Davos Musim Panas
Forum Davos Musim Panas 2024 diadakan di Dalian, bandar timur laut China pada 25 hingga 27 Julai, dan disertai lebih 1,700 wakil dari lebih 100 negara dan wilayah.
Para peserta berasa kagum melihat momentum pemulihan ekonomi China yang kuat, dan menyatakan ia antara tarikan utama bagi syarikat asing untuk terus menerokai pasaran di China.
Bertemakan "Next Frontiers for Growth", forum edisi ini menggalakkan para peserta bersama-sama membincangkan cara mencipta penggerak dan kaedah baharu bagi pertumbuhan ekonomi dunia. Tema ini sekali gus mencerminkan aspirasi rakyat seluruh dunia untuk mencari peluang pembangunan baharu melalui perpaduan dan kolaborasi.
Pihak China mengeluarkan empat cadangan, iaitu mendalami pertukaran dan kerjasama sains dan teknologi, memperkukuh pembangunan hijau, memelihara keterbukaan pasaran, dan memacu pembangunan inklusif dan sama menang.
Para peserta berpendapat bahawa pertumbuhan ekonomi China bukan sahaja memberikan peluang baharu kepada negara ini sendiri, tetapi juga menyuntik momentum berterusan kepada ekonomi dunia.
"Inovasi" antara perkataan hangat di forum kali ini. Seperti disedari orang ramai, kemajuan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), bioteknologi, dan tenaga hijau juga akan membawa kepada kemunculan industri-industri baharu.
Misalnya China yang mempergiat pembangunan kuasa produktif kualiti baharu, berjaya mengambil peluang daripada revolulsi sains dan teknologi dan pembangunan hijau di peringkat global.
Menurut senarai "Lighthouse Factories" terkini yang diumumkan oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF), 62 daripada kesemua 153 syarikat tersenarai adalah syarikat berteknologi tinggi dari China, yang meliputi sektor fotovoltaik, kenderaan tenaga baharu dan lain-lain. China memiliki "Lighthouse Factories" terbanyak di dunia.
Menurut statistik pihak berkuasa China pula, sebanyak 21,764 syarikat modal asing ditubuhkan di negara ini dari Januari hingga Mei lalu, meningkat 17.4 peratus tahun ke tahun.
Pada masa sama, kebanyakan pertubuhan dan agensi antarabangsa menaikkan unjuran terhadap pertumbuhan ekonomi China.
Kesemua ini memperlihatkan keyakinan penuh masyarakat antarabang terhadap prospek ekonomi negara Tembok Besar.