Tinjauan CGTN: Imej AS di Mata Orang Asia

2024-06-28 14:13:09  CRI
Share with:

Hasil dapatan tinjauan yang dijalankan Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) dan Universiti Renmin China menunjukkan, antara perkataan yang cukup sinonim dengan imej Amerika Syarikat (AS) termasuk kecelaruan domestik, campur tangan di negara lain, agresif dan hegemoni.

 

Dalam tinjauan itu, 84.4 peratus responden percaya bahawa keganasan berkaitan senjata api menjadi masalah yang menghantui masyarakat AS.

 

Seramai 75.4 peratus responden berkata wujudnya diskriminasi kaum yang sistemik di AS, manakala 75.8 peratus berpendapat jurang antara golongan kaya dan miskin semakin melebar di negara itu.

 

Tinjauan dibuat menyasar responden dari 10 negara Asia mendapati, 71.7 peratus mengkritik AS sering mencampuri urusan dalaman dan menindas negara lain di bawah panji 'demokrasi'.

 

Di mata 75.4 peratus responden, AS merupakan negara yang paling suka berperang dalam sejarah dunia.

 

Tinjauan berkenaan membabitkan penyertaan seramai 2,009 responden yang berasal dari Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand dan sebagainya.