Xi Berucap pada Perhimpunan Peringati Ulang Tahun Ke-70 Lima Prinsip Hidup Bersama Secara Damai

2024-06-28 15:19:57  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping menghadiri Perhimpunan Memperingati Ulang Tahun ke-70 Lima Prinsip Hidup Bersama Secara Damai yang diadakan di Dewan Besar Rakyat di Beijing pagi tadi. 


Xi ketika menyampaikan ucapan penting berkata, dalam tempoh 70 tahun lepas, Lima Prinsip Hidup Bersama Secara Damai telah berkembang menjadi norma asas hubungan antarabangsa dan undang-undang antarabangsa yang terbuka, inklusif, diterima pakai secara meluas, dan memberikan sumbangan luar biasa kepada kemajuan umat manusia. 


"Lima Prinsip Hidup Bersama Secara Damai telah menjadi piawaian sejarah bagi hubungan antarabangsa dan tadbir urus antarabangsa berdasarkan undang-undang. Ia bukan sahaja mencerminkan misi dan prinsip yang terkandung dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tetapi juga selari dengan perkembangan hubungan antarabangsa, serta kepentingan asas rakyat seluruh dunia," ujar Xi. 


Sementara itu, menurut Xi, Lima Prinsip Hidup Bersama Secara Damai menyediakan panduan kepada negara-negara yang mengamalkan sistem sosial berbeza untuk menjalin dan mengembangkan hubungan, di samping menyatukan sinergi negara-negara membangun untuk berkolabrasi dan maju bersama.


"Lima Prinsip Hidup Bersama Secara Damai menyumbang kebijakan sejarah kepada pembaharuan dan penambahbaikan orde antarabangsa.


"Pada masa ini, China sekali lagi memberi jawapan sezaman, iaitu membina komuniti berkongsi nasib sesama insan. Konsep ini telah berkembang dari insiatif China ke konsensus komuniti antarabangsa, dan sedang mendorong dunia ini menuju ke masa depan yang aman, selamat dan makmur dan maju," kata Xi.