Penghantaran Barangan Yang Pertama di Laluan Beraltitud 5,300-6,000 Meter Guna Dron Awam China

2024-06-28 12:15:18  CRI
Share with:

Syarikat Dajiang dari Shenzhen China yang terkenal sebagai pembuat dron mengumumkan bahawa pihaknya dengan bantuan luar telah menyelesaikan ujian kali pertama terhadap pengangkutan di laluan beraltitud tinggi menggunakan dron untuk kegunaan awam. Ujian itu dijalankan di sebelah Nebal Puncak Qomolangma pada ketinggian 5,300 meter hingga 6,000 meter dari paras laut, iaitu rekod tertinggi di dunia berhubung altitud dalam pengangkutan menggunakan dron awam.