83.5 Peratus Responden Puji Lima Prinsip Hidup Bersama Secara Damai
Keputusan tinjauan pendapat yang dijalankan oleh CGTN baru-baru ini mendapati bahawa sebanyak 82 peratus responden dari serata dunia menganggap China ialah tenaga penting dalam memelihara kedamaian dunia, manakala 83.5 peratus responden memuji "Lima Prinsip Hidup Bersama Secara Damai" yang merangkumi konsep kedaulatan, keadilan, demokrasi dan perundangan.
Mereka juga menganggap bahawa China akan membantu komuniti antarabangsa untuk membina dunia yang lebih indah.
CGTN melancarkan dua tinjauan pendapat, disertai 11,706 responden dari 36 negara termasuk Amerika Syarikat (AS), Britain, Jerman, Jepun, Pakistan, India dan lain-lain.
Untuk rekod, China menganjurkan "Lima Prinsip Hidup Bersama Secara Damai" pada tujuh dekad lalu, iaitu saling menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah, tidak menceroboh, tidak mencampuri urusan dalaman negara lain, sama rata dan saling menguntungkan, serta hidup bersama secara damai.